Home » Download » Apakah Potensi Bisnes Cendawan?

Apakah Potensi Bisnes Cendawan?

Salam / salam sejahtera semua, saya Anas dari CooLLat.com. C double O double L AT! Artikel kali ini adalah sedutan kepada ebook PERCUMA kami bertajuk Mengenalpasti Potensi Bisnes Cendawan Mengikut Kemampuan Anda. Sekiranya anda berminat untuk download, sila ke penghujung artikel ini untuk link tersebut.

Di sebalik New Normal yang terpaksa kita hadapi sekarang ini, kita tidak boleh 100% mengharapkan kepada hanya satu sumber pendapatan. Oleh sebab ini, ramai yang tercari-cari peluang-peluang mudah yang boleh mereka cuba untuk membina pendapatan kedua.

Apa itu Cendawan Tiram Kelabu?

Cendawan Tiram Kelabu atau nama saintifiknya Pleurotus Sajur-Caju ini popular di dalam menu masakan kita. Antara masakan yang menggunakannya adalah cendawan goreng, sup cendawan, masakan claypot, tomyam dan lain-lain.

Cendawan ini adalah salah satu tanaman yang dicadangkan untuk kita usahakan di Malaysia oleh Jabatan Pertanian Malaysia sendiri. Dan ia memang sentiasa menunjukkan permintaan yang tinggi.

Apakah Potensi Bisnes Ini?

Cendawan tiram kelabu segar amatlah diperlukan di:

  • Pasar tani
  • Gerai makanan bergoreng
  • Restoran makanan vegan
  • Restoran masakan siam
  • Pasaraya
  • Ekspo pertanian
  • Dan pelbagai lagi

Sepanjang mengusahakan pertanian ini, masalah yang kerap dihadapi adalah jumlah stok barang jualan segar yang sentiasa tidak mencukupi. Ini adalah kerana dalam negara kita masih kekurangan pengusahan tanaman ini.

Dianggarkan kita memerlukan lebih dari 100 tan cendawan segar sehari. Dari jumlah ini, 80% adalah diimport dari pelbagai negara jiran. Ini mengakibatkan harga tinggi dan stok cendawan tidak begitu segar. Penanam cendawan amat diperlukan sekarang ini.

Harga segar sekarang ini purata adalah RM12/kg. Sungguhpun begitu, nilai jualan kebiasaannya lebih tinggi dari ini kerana cendawan segar kebiasaannya dibungkus dalam pek kecil yang berharga lebih rendah tapi dengan nilai per kilo lebih tinggi. RM16-20/kg adalah nilai jualan biasa secara retail.

Peluang perniagaan yang wujud di dalam sektor ini adalah:

  1. Pengeluar cendawan segar (penanam)
  2. Pengeluar produk hiliran berasaskan cendawan (kerepek, pekasam, serbuk sup dan lain-lain)
  3. Penjual bongkah cendawan
  4. Orang tengah penjualan segar dan produk kering

Cendawan Tiram Kelabu ini kebiasaannya ditanam di dalam bongkah. Dan bongkah ini boleh samada dibuat sendiri atau dibeli siap. Di shopee terdapat ramai peniaga bongkah ini, tetapi anda haruslah berhati-hati kerana kebanyakannya darinya adalah agen dan tidak menjalankan bisnes ini. Nasihat dari mereka ini kebiasaannya agak tersasar dari amalan sebenar industri ini. Untuk ke link shopee penjual bongkah yang saya syorkan, klik di sini.

Apakah Kos Memulakan Bisnes ini?

Cara pengiraan kos bagi bisnes ini adalah dengan menggunakan unit jumlah bongkah yang ada. Kos bongkah andalah di antara RM1 hingga ke RM5 sebongkah. Kos rendah hanya boleh dicapai sekiranya bongkah dibuat sendiri. Manakala harga yang mahal adalah dengan pembeli bongkah secara kuantiti kecil.

Bongkah yang dibeli untuk permulaan perniagaan ini kebiasaanya berharga di antara RM1.50 hingga RM2 sebongkah. Adalah dicadangkan untuk anda bermula dengan bongkah sedikit dan perlahan-lahan anda tambahkan jumlah bongkah mengikut kemahiran anda.

Bagaimana Mengira Jumlah Jualan Segar?

Secara mudahnya, sebongkah kebiasaanya secara purata di dalam industry boleh mengeluarkan 140g purata sebongkah. Jumlah ini adalah purata industri termasuk perusahaan berskala besar. Tetapi kebanyakan pengusaha lama boleh mencapai lebih 200g segar sebongkah. Jumlah ini adalah jumlah pengeluaran segar seumur hidup bongkah itu yang mungkin mencecah 4-8 kali tuaian dalam tempoh semusim 3-6 bulan.

Perbezaaan jumlah pengeluaran sebongkah ini disebabkan perbezaan kemahiran, keadaan rumah cendawan dan juga keadaan cuaca dan kelembapan premis rumah cendawan itu sendiri. Tempat yang sejuk dan lembap akan membuahkan lebih banyak hasil dan lebih konsisten berbanding tempat yang panas dan kering.

Bagi 1,000 bongkah cendawan dengan purata 140g sebongkah dan dengan jualan segar berharga RM16/kg, jumlah jualan semusim adalah RM2,240. Sekiranya kos bongkah adalah RM1.80, jadi keuntungan semusim adalah RM440.

Bagi 1,000 bongkah cendawan dengan purata 200g sebongkah pula, jumlah jualan semusim adalah RM3,200. Jadi keuntungan semusim adalah RM1,400.

Kebiasaannya, satu premis cendawan dengan hanya seorang pekerja boleh menguruskan maksima 3,000 bongkah (keuntungan RM1,320 semusim) ke 5,000 bongkah (keuntungan RM4,200 semusim). Jadi agak lumayan juga kan?

Anda berminat untuk ketahui lebih lanjut? Klik di bawah untuk download ebook PERCUMA penuh dari kami untuk mengenalpasti potensi bisnes ini mengikut kemampuan anda.

Ebook Mengenalpasti Potensi Bisnes Cendawan Mengikut Kemampuan Anda

Saya doakan anda semua terus berjaya. Amin.

Anas Azmi, penulis CooLLat.com 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *