Ramai dah member ajak buat bisnes cendawan ni. Kita boleh ke? Jom dalami 5 langkah-langkah bagaimana kita bina bisnes cendawan tiram kelabu secara part time.
Sepanjang pengalaman mengajar kursus tiram kelabu, kami dapati ramai yang berminat untuk terjun ke dalam bidang ini. Ramai juga yang terjun dulu baru cari payung terjun. Fuh bahaya..
Semua orang boleh buat ke? Boleh, jika ada kesungguhan. Tapi soalan yang lebih baik adalah:
Bolehkah saya berjaya buat bisnes cendawan?
Antara faktor utama kejayaan di dalam bidang ini adalah (1) Peluang baik (2) Konsistensi dan juga (3) Strategi Berkesan. Bunyi kompleks, tapi tak mustahil anda capai.
Pantang larang dalam bisnes ini tak banyak, tapi ia akan berulang2. Senang cerita, cendawan ni ringkas tapi ada karenahnya.
Ini 5 langkah anda boleh cipta pendapatan bisnes pertanian baru anda ini walaupun masih kerja sepenuh masa.
Yang penting, anda tidak gopoh. Terjun terus mungkin bahaya jika ilmu sesat. Hubungi kami atau join kursus kami di bawah untuk anda dalami dulu bisnes ni.
Banyak kes yang tertipu adalah mereka yang membeli dari orang tak dikenali dalam internet. Dan sekiranya bongkah yang dibeli itu dibeli dari orang tengah yang tidak mengusahakan sendiri bisnes ni, maka ada kemungkinan anda dapat ilmu yang salah/sesat.
Ada juga yang beli banyak dari online mall dan follow youtube influencer yang memetik keuntungan terlalu dahsyat dan mewah. Elakkan seboleh mungkin ye.
Kenapa perlu ilmu dahulu? Sebab kita tak mahu langkah2 awal kita menuju ke arah yang salah. Tiada masalah jika kita kecil atau perlahan, yang penting sikit2 lama2 jadi bukit.
Di atas adalah Kursus Cendawan Pahang kami yang terdekat. Anda boleh klik link di atas ye jika berminat.
Antara kes tersalah kompas dalam bisnes cendawan ini termasuklah:
(a) Tertipu scam. Letak duit dan dapat setiap bulan pendapatan. Tanpa perlu apa2 usaha. Ramai sangat tertipu.
(b) Terlalu sedikit ilmu tapi keyakinan terlalu tinggi. Ada yang hanya belajar dari video online dan terus beli beribu2 bongkah. Ada yang dah nampak bongkah2 mereka rosak baru datang kursus. Sayang.
(c) Ia juga adalah bisnes. Strategi dan teknik yang betul masih perlu. Tidak boleh hentam keromo sahaja. Sungguhpun begitu, kemahiran DIY sangat membantu kelak.
(d) Ada yang nak untung terlalu cepat. Tidak lojik. Jika anda tertipu kekayaan bulan bintang, anda akan kecundang awal.
Dah ada ilmu je dah bolehlah kita nak mula. Cara mula terbaik adalah buat kecil2 dahulu. Tak perlu banyak bongkah. Cuba dulu semusim.
Sungguhpun jika ada bermodal besar, kami cadangkan anda cuba juga dahulu. Bahkan koperasi juga kami cadangkan yang sama.
Kenapa perlu cuba dulu? Antara sebabnya adalah:
(1) Sesuai ke tempat kita?
(2) Kos kita dah kira betul?
(3) Dah jumpa pasaran?
(4) Kita ni mampu ulang rutin bisnes?
Sedikit rahsia bisnes ini.. Antara faktor kejayaan anda kelak adalah lokasi pilihan anda. Kawasan yang redup dan sejuk adalah amat berpotensi tinggi untuk pengeluaran cendawan yang besar.
Indoor atau outdoor, dua2 boleh. Yang penting dua parameter di atas saja. Bahkan ada peserta yang mula di belakang dapur, di dalam bilik, di bilik tingkat atas, di bawah pokok dan macam2 lagi.
Sejuk dan lembap terbaik
Setiap orang berlainan. Ada kurang lain lebih yang lain. Jadi jangan kita tiru sebiji2 formula kejayaan orang lain.
Bagi anda pula, untuk bisnes cendawan yang berdaya saing dan berpotensi untung konsisten, and mestilah mula dengan apa yang termampu terlebih dahulu.
Ukur diri dari segi:
(i) Modal di tangan
(ii) Masa yang boleh diluangkan setiap hari
(iii) Keluasan tanah/premis pilihan
(iv) Permintaan pasaran
Dalam setiap kursus, kami selalu ingatkan para peserta untuk matangkan pasaran dengan kita dan kita dengan pasaran. Pasaran perlu tahu produk segar kita dan mereka tak segan membeli dari kita. Dan kita juga mestilah dah mula masuk ke pasaran dengan produk kita.
Ada peserta yang mula dengan 100 bongkah sahaja dan rumah simple DIY sahaja di tepi rumah. Sentiasa sold out kerana pengeluaran kecil. Jadi untung sentiasa dicapai dan pelan mereka berjaya! Next step, skalakan lebih besar sahaja.
Ada peserta yang mula dengan modal dan siapkan rumah 20 kaki x 20 kaki dengan 3,000 bongkah. Mereka ini biasanya samada dah mula pencen atau bermodal besar. Dari sini saja, mereka boleh buat gaji yang baik setiap bulan kerana skala sudah baik.
Anda? Semak kemampuan diri. Semua orang boleh sebenarnya. Bahkan ada yang bermula dari RM200 sahaja. Dan perlahan demi perlahan mereka dapatkan dana dan sekarang ini dah full time bisnes ini.
Kenapa perlu mula skala kecil? Lebih besar risiko kita iaitu skala besar akan datangkan potensi pendapatan lebih tinggi dari skala kecil. Tapi risiko kerugian juga bertambah besar dari biasa.
Mulakan step by step. Itu lebih baik. Bahkan ramai para peserta sejak 3 tahun lepas masih hubungi saya untuk konsultasi projek mereka masing2. Bagi para peserta, anda boleh bertanya saya direct bagi keraguan dan pertanyaan.
Skala paling kecil adalah pertama sekali dapatkan ilmu!
Dari sini, anda dah mula ada halatuju jarak jauh mengenai skala projek yang sesuai dengan anda. Di dalam kursus ini kami akan ceritakan kepada anda 4 Fasa yang anda perlu lalui untuk pastikan anda boleh bermula dengan kos paling minima.
Dah dapat sahaja tempat sesuai, kita akan mula buat rak dan rumah cendawan cukup syarat kita. Asalkan dapat suhu dan kelembapan ok, letakkan bongkah cendawan di situ. Dan maintain setiap hari.
Sangat seronok bila hasil cendawan segar kali pertama keluar. Excited sangat. Jika anda capai fasa ni, lokasi anda ok dan anda dah boleh mula buat perancangan untuk skalakan bisnes anda.
Sungguhpun begitu, saya cadangkan anda rasai dulu satu musim penuh bongkah cendawan anda. Rasa permulaan musim, pertengahan musim dan pengakhirannya. Sampai bongkah anda tamat tempoh. Anda boleh capai sehingga 5-8 kali tuai mengikut kemahiran anda.
Letakkan gambar2 menarik cendawan ke dalam media sosial anda dan mula ambil tempahan. Dari situ anda akan mula nampak betapa besarnya potensi perniagaan ini.
Langkah terakhir ini adalah langkah yang membezakan orang yang berjaya besarkan bisnesnya atau tak. Selepas saja dah mula dan kita dah makin pakar dalam bisnes ni, langkah seterusnya adalah skalakan bisnes kita.
Apa maksudkan skalakan bisnes kita? Ia bermaksud dari rumah cendawan kecil ke yang lebih besar, bongkah sikit ke bongkah banyak dan satu rumah ke lebih banyak rumah cendawan.
Jika kita baca yang atas ni macam akan teruk keluar duit kan? Betul dan tidak. Jika kita nak cepat dan berani ambil risiko, kita boleh gunakan modal sendiri.
Cara lain? Kita mohon dari dana kerajaan berkait pertanian. Ada beberapa syarat, tapi ia tidak susah. Dan saya yakin majoriti boleh mohon.
Bila bisnes dah stabil (walaupun kecil), kita buat kertas kerja, daftar dengan jabatan pertanian terdekat, dan mohon dengan mereka.
Bagi kursus anjuran kami, kami sertakan sekali ebook cara tulis kertas kerja dan memohon dana ini bagi membantu anda. Kertas kerja ini anda akan gunakan untuk mohon dana kelak. Tak kompleks pun, kebiasaannya on the spot buat hanya ambil maksima sehari.
Yang menariknya, kerajaan kita sangatlah menyokong para petani, walaupun beginner. Saya yakin anda boleh buat pendapatan berbaloi dengan usaha anda ini.