Perusahaan cendawan samada kecil-kecilan atau bersaiz sederhana sudah sedia ada berkembang ke seluruh Malaysia. Jadi, ada tak persatuan cendawan satu Malaysia?
Persatuan Penyelidik dan Pengusaha Cendawan Malaysia (PPPCM) ditubuhkan sejak tahun 1999 lagi dengan dimulakan sebagai tempat tumpuan kajian mengenai cendawan di Malaysia. Ahli-ahlinya terdiri daripada para penyelidik institut-institut pendidikan dan juga para pengusaha cendawan bersaiz kecil dan sederhana.
Setakat artikel ini ditulis, PPPCM diterajui oleh pakar cendawan volvariella dan juga seorang saintis, Dr. Azhar Mohamad. Timbalan pengerusi pula adalah idola cendawan Malaysia, Cik Rusila Yusof yang sudah lama menceburi bidang ini dan sudah mengembangkan perniagaannya kepada lebih dari penghasilan cendawan segar semata dan sudah bertapak sejak berbelas tahun lamanya di dalam industri ini.
Bagi yang menyertai persatuan ini, anda boleh mengenali otai-otai lama di dalam bidang ini. Para penyelidik di sini terlibat dengan pelbagai kajian mendalam mengenai bidang ini dan mempunyai pengetahuan tinggi mengenai cara-cara menjalankan dan mengembangkan industri ini. Pengetahuan mereka ini sangatlah bermanfaat bagi para penanam cendawan samada baru ataupun lama. Sebagai contoh, saya menyertainya dan menghadiri mesyuarat setiap tahun bagi mengetahui mengenai penemuan-penemuan terbaru yang saya boleh manfaatkan di dalam perusahaan cendawan kami.
Bagi para pengusaha pula, mereka ini sudah berada di dalam industri ini berbelas tahun malahan anda yang sudah menguruskan projek berskala jutaan ringgit. Bagi yang lama, mereka sudah melalui pelbagai fasa perkembangan industri ini dan dengan berbicara dengan mereka, kita boleh dedahkan diri dengan pahit manis karier ini.
5 Objektif PPPCM
- Menghebahkan pada para pengusaha, pengetahuan terbaru samada cara penambahbaikkan dan juga cara cadangan menyelesaikan masalah-masalah pengusaha.
- Menggalakkan penggunaan cendawan sebagai makanan sihat.
- Meneruskan kajian bagi mengenalpasti varieti cendawan lokal untuk kultivasi.
- Menggalakkan kajian biologi cendawan.
- Menggalakkan penanaman cendawan sebagi hobi.
Jika ditanya saya adakah menyertai persatuan sebegini bermanfaat, saya akan syorkan untuk anda sertainya. Pendedahan kita selaku pengusaha cendawan kepada penyelidik dan pengusaha berjaya akan mengembangkan pemikiran kita dengan apa yang kita mampu capai sekiranya kita serius. Bahkan bagi saya, setiap kali bertemu, ada sahaja benda baru yang saya pelajari. Tak rugi. Pengetahuan ini kita akan bawa balik dan tambah baikkan perusahaan kita supaya terus kompetitif dan senantiasa berkembang.
Mesyuarat terdekat PPPCM akan diadakan pada 26 Mac 2022, Sabtu secara webinar online. Bagi yang ingin menyertai mesyuarat ini atau ingin menyertai persatuan, anda boleh klik di link-link di bawah ini. Diharapkan info ini membantu buat anda dan bisnes anda 😉