Home » Download » PERTANIAN APA MESRA BEGINNER?

PERTANIAN APA MESRA BEGINNER?

Dalam banyak2 pertanian, mana satu sesuai untuk beginner? Orang baru perlu ke mana kalau nak join bisnes asas tani ni?

Sekarang ini, satu pendapatan belum tentu cukup bagi menyara diri kita dan keluarga. Sestabil mana pun karier kita, kita perlu ada backup / accelerator untuk support pendapatan.

Tapi.. Saya ni budak baru, nak terjun bisnes pertanian takut2. Takut rugi, takut tak mahir dan takut macam2 lagi.

Bagi saya, tiada perniagaan yang tiada risiko. Ia tak lojik. Tapi sekiranya kita nak masuk jua industri pertanian ni, mana satu patut saya mulakan?

Saya rekomen mulakan bisnes cendawan! Datang ambil feel farm terdekat, ambil kursus, beli sedikit2 dan mula musim pertama.

Bagi bidang pertanian lain mungkin agak kompleks dan perlukan kos tinggi, cendawan lain. Ia sangat sesuai untuk anda.

Sekarang ini, satu pendapatan belum tentu cukup bagi menyara diri kita dan keluarga. Sestabil mana pun karier kita, kita perlu ada backup / accelerator untuk support pendapatan.

Tapi.. Saya ni budak baru, nak terjun bisnes pertanian takut2. Takut rugi, takut tak mahir dan takut macam2 lagi.

Bagi saya, tiada perniagaan yang tiada risiko. Ia tak lojik. Tapi sekiranya kita nak masuk jua industri pertanian ni, mana satu patut saya mulakan?

Saya rekomen mulakan bisnes cendawan! Datang ambil feel farm terdekat, ambil kursus, beli sedikit2 dan mula musim pertama.

Bagi bidang pertanian lain mungkin agak kompleks dan perlukan kos tinggi, cendawan lain. Ia sangat sesuai untuk anda.

Anda pasti pernah terdengar sedikit sebanyak pasal bisnes cendawan ni. Bahkan mungkin ada kenalan anda yang dah sertainya.

Jika kita cerita mengenai fertigasi, ia memerlukan sekurang2nya suku ekar untuk berbaloi skala kecil. Cendawan lain. Cendawan tiram kelabu sebagai contohnya hanya memerlukan ruang indoor atau rumah kecil bagi menghasilkan hasil segar harian.

Oleh disebabkan ini, perusahaan cendawan kurang berisiko bagi beginner. Bahkan ramai yang datang kursus untuk mencuba2 dahulu dan kemudiannya terjun fulltime dalam bidang ini.

Ambil masa anda. Ukur kemampuan diri dan modal. Bisnes cendawan ini sangat fleksibel sehingga kita dapat merancangkan skala yang betul2 sesuaian dengan kemampuan anda. Modal sikit, mulakan sikit. Modal besar mulakan besar. Yang penting, kita gerak ke arah keuntungan dalam perniagaan ini.

Sudah ramai peserta part time kami yang buat pendapatan sampingan sambil bekerja full time. Ianya mampu dicapai. Bahkan saya sendiri juga bermula cara ini. Anda pun boleh 😉

Sekiranya anda berminat untuk join Kursus Cendawan Penang, sila klik salah satu link di bawah untuk hubungi kami dan terus menempah tempat anda 🙂

Belum pasti? Jom terus bacaan.

Ada 5 faktor kenapa orang baru minat ceburi bisnes cendawan dari bidang pertanian lain untuk penambahan pendapatan mereka. Di sini saya akan dedahkan sedikit sebanyak pada tuan puan.

Orang di luar industri mungkin dapat maklumat tidak lengkap atau tidak tepat mengenai industri ini. Sebagai contoh, terdapat banyak post youtube dan artikel blog yang tidak tepat dari segi kiraan untung rugi bagi perusahaan cendawan.

Banyak sumber2 online yang terlalu mencanangkan bulan bintang keuntungan dalam jualan cendawan segar. Ada juga yang salah mengira ramalan pengeluaran cendawan.

Kami tak mengatakan bisnes ini terlalu mudah. Tapi anda juga perlu tahu dengan tepat apakah potensi minima dan maksima perusahaan ini dengan tepat sebelum bermula.

Artikel ini juga sedikit sebanyak mendedahkan tips bagaimana anda boleh kurangkan risiko seboleh mungkin dan memaksimakan potensi kejayaan bisnes anda kelak.

Antara halangan utama kebanyakan orang menyertai pertanian adalah kerana ia memerlukan ruang tanah untuk bermula. Malahan kebiasaanya, hanya keluasan lebih seekar mampu menghasilkan pendapatan yang berbaloi.

Cendawan agak berbeza. Ia memudahkan di bahagian ini. Bahkan, masih ada sahabat2 kami dalam bidang ini yang beroperasi di rumah mereka dari permulaan sehinggalah sekarang.

Untuk berjaya bisnes cendawan tiram kelabu perlu besar mana tanah?

1 ekar? Tak.

Setengah ekar? Tak.

Suku ekar? Terbaik. Tapi ini pun dah lebih dari cukup.

30 kaki kali 30 kaki pun dah ok sebenarnya..

Kebiasaanya, rumah cendawan lengkap dengan antara 5,000-8,000 bongkah adalah hanya bersaiz 20 kaki x 20 kaki.

Ini untuk pendapatan sederhana yang anda patut sasarkan. Skala lebih kecil? Jika ada ruang redup di belakang rumah pun boleh.

Saya mula dulu buat indoor saja di dalam rumah hehe.

Bagi pengenalan untuk tuan puan di luar bidang ini. Skala perusahaan cendawan diukur dari jumlah bongkah cendawan yang ada. Semakin banyak bongkah, semakin besar perusahaan itu.

Oleh kerana unit yang digunakan adalah bilangan bongkah, anda boleh mula join bisnes cendawan dengan jumlah bongkah semampu anda. Nak mula 50 bongkah dulu? 1,000 bongkah dulu? Ikut anda.

Di dalam kursus, kami selalu sarankan para peserta untuk kembangkan perniagaan masing2 selangkah demi selangkah. Dari 100 ke 1000 bongkah. Dari satu rumah ke 2 rumah. Dari beli bongkah ke buat sendiri. Step by step.

Kami juga dedahkan pada anda 4 Fasa langkah demi langkah untuk mula dan kembangkan bisnes ini dengan kos poket sendiri yang minima. Dari kosong hingga full time, ia tidak mustahil.

Sungguhpun ia berbunyi mudah, saya cadangkan tuan puan dapatkan ilmu secukupnya terlebih dahulu sebelum berlari laju. Kecilkan seboleh mungkin risiko untuk gagal supaya setiap langkah membawa anda lebih dekat pada kejayaan.

Bagi perusahaan asas cendawan, kemahiran teknikal yang diperlukan tidak terlalu banyak. Dan dari kemahiran asas ini, anda boleh gunakan sumber2 di sekeliling anda untuk anda DIY rumah cendawan dan juga rak cendawan.

Di dalam bidang ini, semakin banyak anda DIY semakin rendah kos perlaksanaan perusahaan anda ini.

Sekiranya anda jenis handyman, ia merupakan kelebihan sekiranya anda ceburi bisnes cendawan.

Anda boleh gunakan barang2 terpakai di sekeliling anda. Sebagai contoh, kos terbesar permulaan kebiasaannya adalah rumah cendawan itu sendiri. Tapi sekiranya anda dapat renovate bilik atau rumah / pondok lama menjadi rumah cendawan, kos terbesar telah berjaya anda elak 😉

Ada juga peserta dari kelulusan kejuruteraan / pertanian yang mencipta sendiri IOT, irigasi, kawalan elektronik, rekabentuk rumah dan pelbagai lagi inovasi lain bagi menambahkan efisiensi rumah cendawan mereka. Ini secara langsung akan menambahkan pengeluaran dan seterusnya pendapatan bisnes mereka.

Satu tips untuk cepat balik modal dan cipta keuntungan dalam bisnes ini adalah mulakan dengan cuba jual secara runcit.

Anda boleh jualkan pada rakan sepejabat, kawan2, warga taman, warga surau dan lain2. Jualan secara terus kepada pelanggan tanpa adanya orang tengah akan membuahkan margin jualan yang lebih tinggi.

Berbanding bidang pertanian lain yang sepenuhnya bergantung pada jualan borong, cendawan lebih mudah untuk dijual sendiri. Ini kerana penjualan secara sendiri menjanjikan produk adalah paling segar ketika pelanggan menerimanya. Dengan sebab ini, kita boleh meletakkan harga lebih eksklusif.

Sekiranya anda mempunyai banyak grup Whatsapp / Facebook, saya pasti ianya sangat mudah bagi anda. Hanya letakkan gambar, sedikit copywriting dan call to action di bahagian bawah. Selesai, iklan anda boleh dihebahkan di mana2 media pilihan anda.

Sepertimana perniagaan lain, setelah anda mendapatkan database siapa yang selalu membeli, proses menjual akan menjadi semakin mudah.

Dan sekiranya bekalan anda tidak mampu memenuhi permintaan ramai, ini menunjukkan pasaran anda sangat besar. Jika anda capai tahap ini, anda sudah mula perlu mengorak langkah membesarkan lagi pengeluaran anda.

Fasa demi fasa utama perkembangan perniagaan ini akan diterangkan di dalam kursus secara lebih mendalam.

Cendawan termasuk di dalam senarai pertanian layak menerima dana pertanian. Antara bantuan yang boleh dimohon adalah rumah cendawan, bongkah dan juga rak. Sekiranya kita keluarkan duit sendiri, jumlahnya boleh mencecah RM20 ribu.

Gambar di atas adalah rumah cendawan contoh dari dana ini. Ia bersaiz 20 kaki x 20 kaki. Di dalamnya lengkap dengan rak dan juga bongkah permulaan. Kesemuanya percuma bagi yang berjaya.

Tapi saya baru nak mula, bagaimana?

Sebenarnya, dana ini memang bagi yang baru saja menceburi. Dengan syarat, anda sudah bermula, walaupun kecil.

Sekiranya anda sudah bermula, anda perlu lengkapkan kertas kerja, dan bertemu dengan pegawai berkenaan bagi memohon.

Yang menariknya, dana ini bukanlah pinjaman. Tak perlu bayar semula, khas untuk pemohon yang layak dan bersungguh. Dan.. Nilai segala bantuan ini mencecah RM20 ribu setiap pemohon yang berjaya.

Apa jadi selepas dapat dana ini?

Selepas dari itu, anda akan ada rumah lengkap all in termasuklah bongkah permulaan. Dengan jumlah bongkah dalam lingkungan 3,000 bongkah ini, ia mencukupi untuk anda jadikan projek ini mencipta gaji bulanan anda.

Anda juga boleh!