Akibat dari ketidak tentuan ekonomi, kebanyakan dari kita kini terpaksa mencari pendapatan kedua sebagai persediaan tambahan. Satu 'insuran' pendapatan. Bagaimana dengan bidang pertanian? Sesuai tak untuk sekarang ini?

Sebagai pengajar bidang pertanian, kadangkala saya ditanya para pelajar adakah bagus untuk meletakkan keseluruhan simpanan mereka pada bidang pertanian?
Sebagai contoh di dalam industri cendawan. Modal permulaan tidaklah besar, jadi terdapat sebilangan yang ingin terus terjun dan bina perusahaan ini secara besar-besaran tanpa pengalaman.
Sebagai contoh, seorang peserta yang baru sahaja bersara ingin meletakkan modal 6 angka untuk terus terjun dalam bidang ini. Saya hormati keberanian dan kesungguhan itu, tapi strategi itu salah.
Ditambah lagi dengan ekonomi yang tidak stabil, kita mungkin berhadapan turun naik bukan sahaja harga jualan, malahan harga bekalan dan modal niaga pusingan kita. Oleh sebab ini adalah lebih baik kita ukur baju di badan sendiri.
Saya setuju perusahaan lebih besar boleh menghasilkan keuntungan yang juga lebih besar. Tapi ia juga datang dengan risiko yang lebih besar. Dan pengeluaran berskala besar tidak boleh tersekat tiba-tiba kerana ia mungkin akan merosakkan keseluruhan pipeline bisnes kita.
Sungguhpun begitu, saya syorkan anda cuba juga menceburi bidang seperti perusahaan cendawan ini berbanding bidang pertanian lain yang memerlukan kos permulaan dan kemahiran lebih tinggi. Dalam bidang cendawan ini, modal kecil pun boleh mula berniaga.
Tetapi dengan syarat:
- Ada tak kekosongan permintaan yang anda boleh isikan?
- Adakah anda berkebolehan untuk menawarkannya pada pasaran?
Bagaimana nak kaji pasaran sedia ada?
Mudah. Buka mulut dan tanya. Sebagai contoh, anda boleh mula bertanya kepada kejiranan, restoran terdekat dan semak media sosial lokaliti anda dan tanya samada sebagai contoh, cendawan segar diperlukan oleh masyarakat. Jika ya, semak lagi berapa banyak sanggup mereka beli?
Andakah anda berkebolehan untuk mengeluarkan produk segar menyamai keperluan pasaran?
Adakah anda mempunya premis lengkap untuk mula mengeluarkan hasil ini dan dapat membekalkannya dengan kos yang mampu anda kawal? Sekiranya ya, ini bermaksud anda boleh!
Jika tidak yakin, saya sarankan anda lalui dahulu Kursus Online Percuma kami dengan klik link di bawah ini. Anda boleh lakukannya bila-bila masa. Di akhir kursus anda akan mampu untuk menentukan berapa saiz projek yang mampu anda mulakan mengikut kemampuan anda.
Bagaimana jika masih was-was?
Ini bermaksud anda masih perlukan masa. Cari dahulu ilmu. Mulakan dahulu dengan modal di tangan berapa yang ada. Jika perlu bermula, mulakan sedikit demi sedikit dahulu. Test market.
Biar lambat asal selamat 😉 Saya doakan anda berjaya dalam sektor pertanian ini.
Anas CooLLat.com 🙂
P/S: Kami juga menawarkan kursus fizikal teori dan amali mengenai penanaman cendawan di Tanah Putih, Pekan, Pahang setiap bulan. Bagi yang ingin menyertainya (hari Sabtu setiap hujung bulan), sila klik link di bawah ini: