Home » Download » Cara Mengira Hasil Per Bongkah dengan Betul

Cara Mengira Hasil Per Bongkah dengan Betul

Sepanjang tempoh kami berkecimpung di dalam industri ini, terlalu ramai pengusaha yang membuat andaian sendiri berkenaan berapa gram hasil setiap bongkah cendawan tiram kelabu mampu hasilkan seumur hidupnya. Dengan saiz bongkah, durasi buka tutup dan juga tempoh penggunaan bongkah yang berbeza, pelbagai jumlah g per bongkah boleh kita dengari.

Ada yang hingga menjanjikan 800g sebongkah dengan berat asal bongkah hanya 620g! Jika anda fikir secara dalam, ianya tidak lojik. Sebagai contoh, anda bayangkan sepasu pokok cili merah dengan berat polibeg dan pokok 5kg boleh menghasilkan 6.5kg hasil cili! Mana perginya tanah dan pokok? Adakah semua menjadi cili? Tak lojik kan?

Sama juga dengan cendawan tiram kelabu. Kecelaruan angka ini ada yang disengajakan oleh penjual bongkah bagi memastikan jualan bongkah mereka laku. Diharap anda tidak tertipu.

Di atas adalah contoh kiraan yang betul diterangkan oleh En Nabil dari grup Komuniti Pengusaha/Penyelidik Cendawan Malaysia. Klik link untuk melihat pos asal di Facebook.

Contoh di atas adalah penerangan terbaik bagi memahami cara kiraan yang betul. Setiap musim mungkin ada perbezaan juga walaupun kita sudah mahir. Hasil ini dikira secara purata, oleh sebab ini, semua sekali bongkah diambil kira dan bukan hanya termasuk bongkah-bongkah yang sihat.

Cara mudah step by step kiraannya adalah:

  1. Catat berapa jumlah bongkah yang dimasukkan ke dalam rumah cendawan dan tarikhnya
  2. Hari demi hari, catatkan berapa jumlah berat tuaian. Catatkan berat dan juga tarikh
  3. Pada penghujung hayat bongkah (kebiasaannya 3-6 bulan mengikut strategi masing-masing), jumlahkan kesemua berat ini.
  4. Bahagikan semua berat ini dengan jumlah bongkah yang dimasukkan pada langkah satu. Ini angka tepat yang boleh digunakan.

Angka sebenar ini mungkin mengejutkan anda sekiranya anda tidak pernah melakukannya sebelum ini. Ini kerana ia mengambil kira:

  • Jumlah bongkah yang rosak / tidak berhasil. Sungguhpun tiada hasil, tapi masih termasuk kiraan kerana anda membelanjakan kos untuk bongkah ini.
  • Jumlah hasil seharian yang besar tidak semestinya bermaksud jumlah berat per bongkah besar. Ada pengusaha yang hanya dapat menghasil hasil besar pada awal-awal tuaian dan seterusnya mereka kalah pada penyakit dan perosak bongkah. Sekiranya banyak bongkah dibuang, sudah tentu hasil purata berkurang juga.

Diharapkan artikel ini membantu anda sedikit sebanyak. Semoga berjaya 😉

Ingin mengenali potensi bisnes cendawan ini mengikut kemampuan anda? Klik link di bawah ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *