Kursus Online PERCUMA beserta sijil
Salam dan selamat sejahtera semua 😉 saya Anas dari CooLLat.com. Berikut adalah kursus pendek online cara bagaimana anda kenalpasti potensi anda sekiranya anda terjun ke dalam bidang perusahaan cendawan segar. Kursus ini PERCUMA dan termasuk video 30 minit, penerangan ringkas dan juga sijil digital bagi yang berminat. Jom stadi!
Apakah Potensi Diri Anda Sebagai Usahawan Cendawan?
Luangkan 30 minit untuk menonton rakaman kursus di atas ini bagi anda memahami secara ringkas bab ini dengan penulis ebook ini sendiri, En Anas dari CooLLat.com.
Nota Ringkas 5 Minit
Objektif kursus ini adalah supaya di hujung kursus ini, anda akan dapat tahu samada anda berpotensi berjaya dalam bidang ini atau ianya tidak sesuai dengan anda.
1. Potensi Industri
-
Demand dari industri makanan:
- Restoran tomyam
- Produk makanan kering
- Gerai goreng
- Kejiranan - Pelbagai harga jualan mengikut kawasan, survey dahulu
-
Potensi pembuatan produk:
- Cendawan goreng
- Sup cendawan dan serbuk
- Sisa dijadikan kompos -
Bagi yang bersaiz sederhana boleh menjual bongkah:
- Antara cara paling selamat untuk untung
- Tidak sesuai bagi yang baru, sangat mencabar
2. Bagaimana dengan Anda?
-
3 faktor utama kegagalan:
1. Ditipu scammer
2. Pengeluaran terlalu sedikit
3. Lambakan produk segar tidak terjual -
Berapakah modal anda?
- Jangan habiskan keseluruhan simpanan anda untuk berniaga 100%
- Seboleh mungkin letakkan modal secara berperingkat
- Ada sikit, mula sikit -
Berapa banyakkah masa anda sanggup luangkan?
(a) Part time
(b) Full time
(c) Berkongsi / partnership -
Berapa luas ruang yang anda ada? Ia sesuai?
- Suhu: 28 - 30 darjah celcius
- Kelembapan: 80 - 90%
- Aliran udara
- Sedikit gelap
3. Potensi Pendapatan Anda
-
Pengaruh kepada kejayaan:
- Berjaya mengawal suhu dan kelembapan secara konsisten
- Anda mahir untuk troubleshoot sekiranya ada jangkitan penyakit / perosak
- Bongkah yang anda buat / beli berkualiti -
Purata 100 - 150g per bongkah semusim
- Bagi setiap bongkah
- Berkemungkinan capai angka lebih tinggi sekiranya mahir -
4 Fasa Perusahaan Cendawan
- FASA 1: Cuba dan sedang belajar
- FASA 2: Rumah cukup syarat
- FASA 3: Rumah cendawan baik
- FASA 4: Rumah lengkap dan buat bongkah -
Tahap prestasi pengeluaran:
(a) MINIMA 140g/bongkah
(b) SASARAN 180g/bongkah
(c) MAKSIMA 200g/bongkah
- Lebih tinggi lebih baik -
Unjuran prestasi sasaran 180g/bongkah dengan cara jualan runcit:
- FASA 1: Untung +RM13.20 setahun
- FASA 2: Untung +RM1,320 setahun
- FASA 3: Untung +RM16,200 setahun
- FASA 4: Untung +RM45,120 setahun
Nota ini hanyalah penerangan ringkas, bagi memahami lebih dalam, tonton video kursus di atas dan baca ebook penuh mengenainya.
Download eBook
Sila klik imej di bawah bagi mendownload ebook penuh bagi kursus ini. Anda boleh membacanya di smartphone anda atau komputer dalam format pdf.
Sila Isi Borang di Bawah untuk Sijil Digital Anda
Sijil digital anda akan diemelkan anda pada hari bekerja berikutnya
Tahniah anda telah melengkapkan kursus online ini 🙂 . Pastikan anda lihat video kursus dan baca ebook penuh bagi memastikan anda benar-benar mengambil manfaat dari kursus online percuma ini.
Adakah anda rasa anda bersedia untuk langkah seterusnya? Saya doakan anda terus berjaya dalam hidup anda. Semoga berjumpa lagi!
Bagi yang ingin teruskan, klik link di bawah untuk mengetahui cara bagaimana anda boleh bermula: