Kursus Asas Perusahaan Cendawan di Terengganu
Kursus teori dan praktikal bersemuka 25 Januari 2025, Sabtu di Kuala Terengganu, Terengganu
Mahu bina side income dari pertanian? Modal terhad? Tak nampak bagaimana nak mula? Tak nampak halatuju seterusnya?
Sekarang ini, ramai yang perlukan pertambahan pendapatan samada dalam bentuk side income ataupun pelaburan. Ada banyak pilihan boleh dicuba, tetapi majoritinya memerlukan modal besar. Jika anda juga dalam dilema, apa kata kita pertimbangkan bisnes cendawan?
Antara ciri-ciri Bisnes Cendawan adalah:
- Modal permulaan kecil
- Boleh buat sendiri, tanpa pekerja
- Cepat pusing modal
Tapi jangan main terjun je. Isikan diri dengan ilmu dahulu. Paling minima, pastikan diri ada (1) Asas dan (2) Halatuju.
Berminat nak mula? Nak kursus yang lengkap?
Kami di Kursus Cendawan Pahang menyediakan buat anda kursus asas perusahaan cendawan paling mampu milik dan juga sangat sesuai bagi beginner.
Pengisian Kursus
1. Teori & Pengenalan
- Pengenalan Cendawan Tiram
- Cara Penjagaan Bongkah
- Cara Penjagaan Rumah Cendawan
- Cara Kutip Hasil & Pembersihan
- Asas Perniagaan Cendawan
2. Latihan Amali
- Proses Pembuatan Bongkah
- Lawatan Rumah Cendawan
- Soal Jawab Praktikal
3. Ebook Panduan Lengkap
- Nota kursus
- Ebook BONUS: Panduan Kertas Kerja
4. Bawa Pulang
- Sijil bercetak
- Bongkah percubaan
- Akses grup pemantauan dan info terkini
Tentatif Kursus
25 Januari 2025, Sabtu
- 9.00pagi - Pendaftaran
- 9.30pagi - Teori & Pengenalan oleh En Anas
- 12.00tengahari - Latihan Amali oleh Pn Naimah
- 1.30petang - Makan Tengahari, Penyampaian Sijil & Penutup
- 2.00petang - Bergambar & Bersurai
Lokasi Tapak Kursus
Kursus ini akan diadakan di Wafaspora Enterprise, Wakaf Tapai, Marang, Terengganu. Ia adalah tapak perusahaan cendawan dan juga pusat penghasilan produk berasaskan cendawan milik Pn Wan Naimah.
Bagi peserta dari luar negeri Terengganu, terdapat banyak pilihan hotel dan homestay yang boleh dipilih di Marang dan daerah terdekat. Kedudukan premis ini betul-betul di tepi Jalan Kuala Berang. Sila klik gambar-gambar di bawah ini untuk lokasi tepat melalui Google Maps:
Klik pada gambar di atas untuk link pada Google Map
-
Wafaspora Enterprise
Kampung Batu 14 1/2, Wakaf Tapai,
21040, Marang, Terengganu - En Anas 016-409 2053
- Pn Naimah 016-222 6695
Apa Anda Dapat?
- Teori asas industri cendawan dan cara memulakannya
- Praktikal hands on aktiviti-aktiviti asas harian perusahaan ini
- Bongkah percubaan untuk anda cuba sendiri di rumah
- Ilmu mengembangkan lagi perusahaan ini ke fasa seterusnya
Senang cerita, kursus ini adalah kursus separuh hari bab asas selengkap mungkin bagi anda yakin untuk mulakan perusahaan bisnes anda sendiri. Ia menerangkan dari mana perlu bermula, langkah step by step, cara pengembangan bisnes dan seterusnya bagaimana menjadikan perusahaan anda nanti pendapatan utama anda.
Kursus ini direkabentuk supaya ia sesuai bagi setiap peserta walaupun berbeza keupayaan modal samada kecil ataupun besar.
Yuran Kursus
RM200 bagi setiap peserta. Bayaran ini termasuk untuk yuran kursus, makan minum, alatan amali dan juga nota lengkap.
Selain itu anda juga akan diberikan:
- Sijil penyertaan
- Bongkah cendawan tiram untuk praktikal menjaga dan mengurus di rumah
- eBook BONUS Panduan Membuat Kertas Kerja bagi tujuan permohonan dana dan pengembangan perniagaan
Biodata Pengajar
Teori: En Anas Azmi
- AJK Persatuan Penyelidik dan Pengusaha Cendawan Malaysia
- Setiausaha Persatuan Suara Tani Pahang
- Bekas Setiausaha Koperasi Bersatu Cendawan Pahang
- Pengeluar Produk Hiliran Cendawan SabunWarisanBumi.com
- Bekas Jurutera Automotif
- Penulis dan Pengasas CooLLat.com
Amali: Pn Wan Naimah Wan Mat Ali
- Founder Wafaspora Enterprise
- Mengusahakan cendawan segar sejak 2008
- Pernah memenangi Rural Business Challenge (RBC) pada 2014 (rujuk gambar, kedua dari kanan barisan belakang)
- Terlibat sebagai Rakan Industri UMT sejak 2014
- Usahawan bimbingan Jabatan Pertanian Terengganu dan MARDI
Berminat? Jangan tunggu lagi, tempat adalah terhad. Sila scroll ke bawah dan isi borang pendaftaran segera!
DAFTAR SEKARANG BAGI KURSUS BULAN INI PADA 25/1/2025, SABTU
TERHAD UNTUK 20 PESERTA
Tempah slot anda segera kerana hanya ada 20 tempat dibuka setiap bulan! Isi borang di bawah ini untuk menempah. Pastikan tiada kesalahan di sini kerana ia akan digunakan ketika mencetak sijil nanti. Pegawai bertugas akan menghubungi anda secara Whatsapp, emel atau Mesej bagi tujuan pengesahan tempahan dan juga pembayaran.
Tempahan tempat akan ditutup setelah 20 orang membuat pengesahan kehadiran. Harap maklum.
Sila Whatsapp terus kepada En Anas dengan menekan link di bawah untuk segera book tempat anda!
Atau untuk pendaftaran online, sila isikan segera borang di bawah ini dan klik Submit!
Book Tempat untuk Kursus 25/1/2025, Sabtu
Jumpa anda di sana 😉